Bidang Forex Online Bertahan Hingga Ke Hari Ini

 

Industri forex online bermula pada tahun 1996 secara runcitan dengan menggunakan platform seperti Mt 4 yang disediakan oleh broker forex ketika itu.

Sehingga hari nampaknya semakin ramai yang telah berkecimpung dalam bidang ini. Dan sehingga sekarang lebih ramai lagi yang mula berjinak-jinak dengan pelaburan forex ini.

Kalau nak dikira tahun, lebih kurang 26 tahun forex sudah berada  di pasaran.Sebenarnya ia tidaklah lama sangat jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain seperti saham, pasaran hadapan dan juga saham amanah.

Yang menjadi persoalannya sekarang ialah, industri forex online ini berkembang dengan begitu pesat sekali sehingga mengalahkan pelaburan yang lain secara tak langsung.

Contohnya di negara kita sekarang ini, cerita pasal forex dan iklan-iklannya lebih banyak dari iklan pelaburan lain. Kenapa jadi begitu ? ini kerana ramai yang sudah terima hakikat bahawa forex online mampu memberi pendapatan.

Ramai yang sudah sedar industri forex ini mampu menyediakan salah satu kerjaya dalam bidang pelaburan. Hendak pula bagi mereka yang mengalami krisis kewangan yang diakibatkan oleh bencana termasuklah Covid 19.

Kalau dulu jika kita ingin menjadi Remisier kita terpaksa ada modal atau deposit, kelulusan atau terpaksa mengambil ujian dan sebagainya tetapi tidak dengan industri ini. Sesiapa sahaja boleh jadi tukang ajar asalkan ada pengalaman dan kemahiran.

Aku sendiri yang asalnya seorang futures commodity dan index trader beralih menjadi forex trader. Kerana apa ? ini kerana industri forex mampu menyediakan pasarana yang mudah dan yang mampu membuatkan ramai tertarik menyertai dagangan forex.

Broker sediakan platform percuma untuk orang ramai berlatih berurusniaga forex dengan Akaun Demo mereka. Di sini sahaja sudah cukup untuk menerangkan kenapa begitu ramai sekali  tertarik dengan industri ini.  Sekurang-kurangnya mereka dapat mengetahui apa itu forex sebenarnya.

Broker juga ada yang memberi pelanggan membuka akaun urusniaga forex dengan deposit yang  begitu randah sekali contonya $ 10. Ada yang hanya $1 sahaja. Apakah ini tidak menarik pelabur ?

Soal urusniaga forex yang dikatakan selalu rugi adalah soal ke 2, urusniaga apa sekalipun ada untung dan rugi. Bagi yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi banyak yang sudah berjaya.

Ramai juga yang sudah menjadi jutawan, cuma perkara ini tidak banyak dihebohkan. Ramai yang mampu membeli rumah besar berjuta harga, kereta mewah seperti Lamborghini, Mustang, Mercedez, BMW dan banyak sekali. Inilah peluang dalam industri ini.

Kalau sesuatu industri itu mampu memberi peluang yang luas sekali untuk kita mencapai kejayaan, kenapa kita harus meninggalkanya. Eloklah kita tanya diri kita sendiri.


Kembali Lagi

Dah lama tak tulis dalam blog aku ini, terasa gian juga. Lagi pun tentang Majlis Fatwa Kebangsaan yang kata bermain forex melalui internet itu haram, maka aku slow down sikitlah. Tapi apa pun aku tak akan main market lain selain forex. Market lain orang yang monitor, tapi forex kita yang monitor sendiri cuma kita kena pandai pilih broker yang reliable sahaja. Kalau semua broker forex 'kencing' takkanlah masih ramai lagi yang bermain forex. Apa pun kita kena pandai pilih mana yang elok untuk kita, dinegara kita pun ramai 'kaki kencing' tentang saham, apa nak cerita. Kadang-kadang cakap pasal haram dan halal ini kita tak boleh main-main elok kita selidik dahulu dan jangan main hentam keromo saja. Kalau nak main forex juga jawab sendirilah diakhirat nanti. Aku nak pi tanya uztaz yang betul-betul tahu tentang selok-belok forex, bukan apa, cuma nak bagi puas hati, mungkin aku keliru dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, kalau dulu dikatakan harus kenapa sekarang haram.

Mula-Mula Masuk Forex

Cerita pasal forex  memang seronok. Semasa aku mula-mula nak masuk bidang ini, aku tak terfikir yang bidang ini tak terlalu susah sangat. Masa tu aku sibuk dengan bermain Fkli. Kawan aku ajak masuk dan convince aku. Aku time itu apa pun tak faham pasal forex, apa itu pips, apa itu spread dan yang aku hairan member aku bagi tahu main forex ni tak payah pakai modal besar. Aku pada masa itu tengah trade Fkli dan ada buat duit sikit-sikit. Kalau nak main Fkli untuk daytrade masa itu broker cuma ambil RM 2500.00sahaja tapi mesti keluar market hari itu juga sebelum tutup trading.

Aku pun berfikir juga kalau dok main Fkli cuba nak main otek-otek kata orang Kedah, kalau terkena sekali boleh jam trading aku dan aku withdraw duit dari broker. Maka bermulalah aku jadi newbie forex walaupun umur dah oldbie. Aku buka akaun dengan Rm 300.00 yang lebih kurangnya USD 100. Aku ini kadang-kadang berlagak nak jadi risk taker, pakai demo akaun sat sahaja terus ke real account. Nasib aku pun memang tak menjadi pada masa itu, dariRM 300 tinggal beberapa duit sahaja dan yang peliknya akaun aku tiba-tiba menjadi invalid. Kawan aku bagi tau ada juga broker yang 'kencing', songlap duit kita. Betul juga kata member aku, 'kita mana tau, kita disini depa disana, dok main pakai internet saja'. Tapi apa pun terjadi aku dah faham dah, ada broker yang ok dan ada broker yang tak ok, cuma tunggu nak ngap saja aku tak kisah 'no risk no gain' itu motto aku.

Cerita Forex & Aku

Betul ada orang kata "Once a trader always a trader". Macam aku juga la, dah veteran macam ini pun masih lagi nak bersantai dan bermai-main dengan forex. Macam dah tak ada kerja lain dah, habis nak buat macam mana, once aku ni dah biasa jadi trader apa jadi pun tetap nak jadi trader juga. Menang atau kalah, mahu pun untung atau rugi tu dah mangli-kata orang Kedah. Aku buat blog ini pun saja nak layan kepala, bukan nak tunjuk pandai dan bukan nak tunjuk terer.

Bagi sesiapa yang terjumpa blog ini, jangan lah ambil kira sangat tentang maklumat aku mengenai forex dalam blog aku ini. Tetapi kalau kamu rasa sesetengah pendapat aku yang boleh di terima pakai, kalau nak pakai sangat pakailah, tidak ada sesiapa nak marah.Kalau apa-apa terjadi minta maaflah dekat diri sendiri. Ok, its time to watch the market now, bye.

Popular Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

About Me

Followers