Jangan Lupa Waktu Rollover Semasa Buat Forex Trading


Selalunya waktu Rollover ialah pada pukul 5:00 PM EST atau kita tambah 8 jam jadi 5:00 AM di Malaysia. Jadi, kalau kita nak buat trade hendaklah selepas jam 5:00 pagi hari ini sampailah 4:59 pagi esok harinya.

Kalau kita trade sampai melebihi pukul 5:00 pagi esok, jika kita sudah melangkau rollover bermakna bunga akan dikenakan terhadap trader. Apabila bunga dikenakan terhadap trader maka hukumnya adalah  haram mengikut hukum syarak.

Aku bukan nak cerita pasal haram halal, aku sendiri pun memang banyak tak tau tentang hukum syariah. Apa yang aku nak bagi tau ialah selalulah ingat tentang rollover apabila kita buat trade. Kalau broker tak kenakan caj bunga rollover itu lain ceritalah.

Bukan apa, dulu-dulu masa aku buat trade mana ada ingat tentang benda ni semua, janji trade. Tetapi la ni bila dah tau kena ingatlah jangan buat lagi. Nak trade forex tak banyak mana pun tapi dosa yang dapat. Kalau untung nak pakai duit itu dah rasa tak best.

Sejak dah tau pasal haram halal bunga rollover ni, aku lebih gemar nak trade pakai time frame 30 minit MT4. Dengan menggunakan time frame 30 minit sekurang-kurang aku dapat sesuaikan masa aku dengan trend yang akan keluar.
Sebelah petang pukul 4.00 lebih dah boleh jengok-jengok market tengok pair mana yang boleh try. Kalau nak nampak peluang time macam ni pun dah boleh, kalau tak ada tunggu sampai time 8:00 PM keatas, market akan lebih aktif lagi time macam ni.

Aku suka main trend, tak kiralah samada trend panjang ataupun  pendek. Aku masuk dan keluar market secara harian atau daily, trend yang panjang akan ada dua ke tiga reversal. Time reversal bagi aku peluang untuk cabut lari dan keluar dari pasaran. Aku main secara ‘ Hit and Run ‘.
Cara aku main memang tak banyak dapat pips tetapi senang dan aku rasa sesuai bagi aku. Kalau kena gaya masuk trend walaupun pendek dapat juga aku, jangan tak dapat price sudah. Kadangkala analisis kita menjadi tetapi broker buat bagi tak jadi.
Bukan semua forex brokers boleh pakai. Kita kena betul-betul cari broker yang reliable. Aku sampai sekarang pun tak pandai nak pilih broker yang mana satu baik. Dah nak jadi trader aku kenalah hadapi itu semua. 

Bila kita dah involve dalam trading forex, kita akan pandai adjust diri kita dengan suasana urusniaga forex dan ia akan makan masa untuk kita nak sesuai dengan keadaan. Jangan main forex pakai banyak duit untuk permulaan, itu pesanan aku kepada pada diri aku.

Agaknya Bila Forex Online Di Malaysia Nak Di Haruskan ?



Agaknya bila lagi ye ? traders di Malaysia nampaknya semakin ramai dan memang memberi sambutan hangat kepada industri forex secara online di negara kita.

Forex boleh membuatkan kita pasang angan-angan untuk menjadi kaya. Aku selalu berangan-angan nak jadi kaya dengan bermain forex. Aku kerap visualize diri aku sebagai forex trader yang dah berjaya, dah ada  itu dan ini walaupun keadaan aku sekarang habuk apa pun tak ada.

Aku rasa bukan aku seorang sahaja yang berangan-angan nak jadi kaya dengan bermain forex, ramai orang lagi yang berangan-angan macam aku nak jadi orang kaya forex. Nak jadi orang kaya forex Islamik. Urusniaga forex yang berlandaskan Hukum Syariah.

Sekarang ini pun dah banyak syarikat forex menyediakan akaun urusniaga forex patuh syariah, cuma kita kena pilih dan cari broker forex yang benar-benar islamik dan tidak tipu traders.

Kenapa aku layak pasang angan-angan nak jadi orang kaya forex islamik, jawapannya senang saja, kerana broker forex online banyak memberi peluang buat duit dengan modal yang begitu rendah sekali.

Modal yang rendah untuk bermain forex boleh melayakan diri aku berforex. Modal setakat RM kecil-kecilan aku mampu sediakan. Selain Amanah Saham, kalau nak melabur  memerlukan beribu-ribu RM, itu pasal pelabur ‘ risk takers ‘ di Malaysia sanggup mencuba urusniaga forex ini.

Lagi pun forex menyediakan platform percuma untuk berlatih forex seperti MT4 dan MT5, bermakna pendedahan melabur lebih terbuka kepada pelaburan forex daripada yang lain. Jika kita hendak orang melabur dengan kita, kita mestilah buka ruang seluas-luasnya untuk orang belajar dengan kita.

Bagi aku kalau nak berjaya dalam forex mestilah ada knowledge sedalam-dalamnya dan berdisiplin, bab modal soal kedua dan kalau kita nak berforex pandailah kita nak cari modal.

Soal halal haram aku tak tahu, yang aku tahu dalam bab ini ada kontraversi sedikit, ada uztaz menyatakan harus dan ada yang kata haram. Majlis Fatwa di negara kita menyatakan haram. Kita yang nak bermain forex, kita sendirilah membuat keputusannya.

Dan last sekali aku nak bertanya, tak ada carakah kerajaan kita nak menjadikan forex online patuh syariah seperti mana yang telah dilakukan terhadap insuran di takafulkan dan bank yang telah diperban islamkan.

Pendapat aku, jika forex online diIslamikkan maka banyak lagi pelabur-pelabur tempatan akan menceburkan diri dalam bidang ini. Dan lagi jika adanya broker-broker forex islamik tempatan aku rasa banyak trader-trader luar juga akan mengambil bahagian. Bertambah masuklah duit luar ke negara kita.

Dengan transaksi forex sedunia bertaraf 5 trillion sehari, aku berpendapat urusniaga forex online di negara ini merupakan satu industri. Industri yang akan membuka jalan kepada pelabur supaya berfikir yang melabur itu bukan untuk orang berada sahaja.



Forex Juga Yang Nampak Gaya Boleh Bantu Aku

Kadang-kadang bila mai keadaan terdesak duit tak cukup, hati ini mula teringat bermacam-macam nak cari duit lebih, buat part-timelah dan maca-macam lagi. Kalau aku nak pi kerja terasa dah tak larat, badan semakin semakin cepat lenguh dan letih. Tambahan pula aku ada sikit-sikit penyakit yang mengganggu aku untuk bergerak lebih cergas lagi.

Aku cuba buat blog tentang forex sebagai affiliate pun tak dak siapa nak masuk. Kalau nak promote gila-gila tentang forex pun di Malaysia ni dah kena chop haramlah itulah dan inilah, cuma satu dua uztadz yang mengatakan harus tentang forex ini yang aku terjumpa diinternet. Tapi bila aku terfikir apa yang uztaz tu kata ada betul juga, forex trading itu harus sebenarnya melainkan kita jika kita menguruskan secara haram maka haramlah ia, janganlah kita buat trade secara berjudi dan cari forex platform yang tidak kenakan komision dan yang ada swap dan lain-lain faktor yang tidak menjadikannya haram.

Aku terima pendapat uztaz tersebut, dan kalau nak dikajikan kebolehan dan kemahiran manusia ada macam-macam. Ada yang bercakap sahaja untuk mencari makan, ada yang bawa bas sahaja mencari makan dan bermacam cara manusia buat sesuatu mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing untuk mencari makan. Apa salahnya aku yang ingin mencari duit lebih dengan membuat forex trading dan aku sedar  yang mana haram dan halal dalam dalam urusniaga forex ini. 

Kita Dalam 1 Malaysia

Lama aku tak buka blog aku ni, dalam tahun 2013 inilah posting aku yang pertama. Agak-agak lambat dak kalau aku nak ucapkan selamat tahun baru, dah bulan February ni, ha tapi tak apa Kong Hi Fatt Choy pun dok ada lagi belum sampai Chap Goh Mei lagi. Oleh kerana kita hidup berbilang bangsa dan agama, hormat menghormati diantara satu sama lain sangat-sangatlah perlu, tak mau gaduh-gaduh, kita dalam 1 Malaysia, betul tak? dan sekarang aku mahu ucapkan -- Selamat Tahun Baru Cina - Kong Hi Fatt Choy.. ye,ye

Persepsi Terhadap Forex


Persepsi Orang Terhadap Forex

Baru-baru ini aku terserempak dengan seorang kawan yang bukanlah rapat sangat dengan aku, tetapi memang dia tahu aku dan pun tahu dia, faham-faham sajalah. Oleh kerana kami pun dah lama tak jumpa maka kami pun berborak panjanglah diwarung sambil pekena teh tarik. Oleh kerana kami masing-masing dah masuk status pencen maka cerita selalunya macam inilah bunyinya, “hang macam mana lani, duk buat apa?” macam tulah lebih kurang bunyinya. Aku jawab, “tak buat apa sangat, cuma dok cuba-cuba nak buat kerja online dan main forex sikit-sikit”. Wah! muka dia nampak berkerut dan terus menyampuk, “buat apalah hang nak main forex, memang rugi punyalah, nanti hang kena kencing baru hang tau” Aku cuma diam saja malas nak bertengkar, lagi pun dia ni bukanlah rapat sangat dengan aku, itu pun nasib baik dia tak cakap pasal hukum, tidak jenuh nak aku menjawab dan nasib baik juga dia tu macam aku juga yang memang banyak tak tau pasal hukum.

Kawan aku ni memang jenis outspoken sikit, tapi tak apalah tak kan lah aku nak marah dekat dia pulak. Yang aku kurang seronok ni pasal dia sebut ‘kencig’, macam lah forex ni teruk sangat, yang aku tahu forex tu tak kencing, yang kencing orang ataupun lebih elok dipanggil manusia. Banyak manusia yang kaki kencing didunia ini, di Malaysia pun banyak kaki kencing dan kaki yang tak boleh pakai. Aku pun banyak dah kena kencing, dengan orang insuran, orang mlm dan aku sendiri pun pernah kencing orang walaupun secara tak sengaja. Kaki kencing ni memang ada dimana-mana, kalau tidak tak adalah macam-macam skim cepat kaya, itu lagi kencing meleleh, aku memang tak percaya pada skim yang macam ini. Sekarang ini, orang minta duit melalui talipon pun dah ada, aku pernah kena, tiba-tiba sahaja ada orang talipon aku minta aku selesaikan loan lama aku, bayar sedikit dulu dan lepas tu dia boleh mangsuhkan kesemua loan aku yang ada. Yang syoknya aku sendiri tak pernah ambil loan dengan bank berkenaan, masa budak perempuan tu talipon, aku cuma layan sahaja, last sekali aku bagi budak perempuan tu supaya janganlah tipu orang, tak baik dan daripada hari itu, suara budak perempun tu tak sampai lagi dekat telinga aku, mungkin dah kena tangkap kot. Kalau takut kena tipu dengan broker forex cari lah yang betul-betul ok, kalau dah terkena juga nak buat macam mana, kalau semua broker forex tipu tak kan lah ada ramai orang lain lagi bermain forex termasuk aku.   

Forex Boleh Cari Makan

Aku terkadangkala terfikir juga, tak adakah trader-trader yang bermain forex ini secara full time. Di kalangan kawan-kawan aku sendiri kesemuanya berforex secara part time. Member-member trader aku yang baru pencen pun tidak berforex sepenuh masa, dan aku sendiri pun tidak dapat  menjadi trader sepenuh masa. Sepenuh masa maksud aku, cari makan sepenuhnya dengan bermain forex ataupun betul-betul 'trade for a living'.

Aku tak tahu di luar sana mungkin banyak dah 'trade for a living' dalam erti kata sebenar sebagai seorang pro, aku juga seboleh-bolehnya nak jadi pro, hidup dengan forex saja tapi tak jadi ada saja yang menghalang. Yang menghalang tu bukan apa, pertama sekali kerana tak cukup modal nak jadi seorang proffessional, kalau setakat trade pakai micro account nak jadi pro macam mana. Kalau pun dah banyak modal nak trade forex atau nak jadi pro, cukup kah ilmu di dada nak berentap dengan forex yang penuh dengan cabaran, dugaan dan banyak lagi duri dan ranjau yang kita tidak dapat lari darinya.

Popular Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

About Me

Followers