Bidang Forex Online Bertahan Hingga Ke Hari Ini

 

Industri forex online bermula pada tahun 1996 secara runcitan dengan menggunakan platform seperti Mt 4 yang disediakan oleh broker forex ketika itu.

Sehingga hari nampaknya semakin ramai yang telah berkecimpung dalam bidang ini. Dan sehingga sekarang lebih ramai lagi yang mula berjinak-jinak dengan pelaburan forex ini.

Kalau nak dikira tahun, lebih kurang 26 tahun forex sudah berada  di pasaran.Sebenarnya ia tidaklah lama sangat jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain seperti saham, pasaran hadapan dan juga saham amanah.

Yang menjadi persoalannya sekarang ialah, industri forex online ini berkembang dengan begitu pesat sekali sehingga mengalahkan pelaburan yang lain secara tak langsung.

Contohnya di negara kita sekarang ini, cerita pasal forex dan iklan-iklannya lebih banyak dari iklan pelaburan lain. Kenapa jadi begitu ? ini kerana ramai yang sudah terima hakikat bahawa forex online mampu memberi pendapatan.

Ramai yang sudah sedar industri forex ini mampu menyediakan salah satu kerjaya dalam bidang pelaburan. Hendak pula bagi mereka yang mengalami krisis kewangan yang diakibatkan oleh bencana termasuklah Covid 19.

Kalau dulu jika kita ingin menjadi Remisier kita terpaksa ada modal atau deposit, kelulusan atau terpaksa mengambil ujian dan sebagainya tetapi tidak dengan industri ini. Sesiapa sahaja boleh jadi tukang ajar asalkan ada pengalaman dan kemahiran.

Aku sendiri yang asalnya seorang futures commodity dan index trader beralih menjadi forex trader. Kerana apa ? ini kerana industri forex mampu menyediakan pasarana yang mudah dan yang mampu membuatkan ramai tertarik menyertai dagangan forex.

Broker sediakan platform percuma untuk orang ramai berlatih berurusniaga forex dengan Akaun Demo mereka. Di sini sahaja sudah cukup untuk menerangkan kenapa begitu ramai sekali  tertarik dengan industri ini.  Sekurang-kurangnya mereka dapat mengetahui apa itu forex sebenarnya.

Broker juga ada yang memberi pelanggan membuka akaun urusniaga forex dengan deposit yang  begitu randah sekali contonya $ 10. Ada yang hanya $1 sahaja. Apakah ini tidak menarik pelabur ?

Soal urusniaga forex yang dikatakan selalu rugi adalah soal ke 2, urusniaga apa sekalipun ada untung dan rugi. Bagi yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi banyak yang sudah berjaya.

Ramai juga yang sudah menjadi jutawan, cuma perkara ini tidak banyak dihebohkan. Ramai yang mampu membeli rumah besar berjuta harga, kereta mewah seperti Lamborghini, Mustang, Mercedez, BMW dan banyak sekali. Inilah peluang dalam industri ini.

Kalau sesuatu industri itu mampu memberi peluang yang luas sekali untuk kita mencapai kejayaan, kenapa kita harus meninggalkanya. Eloklah kita tanya diri kita sendiri.


Cara Buat Trading Plan Setakat Yang Mampu Aku Mengikutinya


Setiap trader ada cara masing-masing menyediakan trading plan yang difikirkan mampu memberi keputusan yang positif untuk diri mereka. Apa cara persiapan mereka sekalipun, mereka tidak boleh lari dari beberapa perkara yang mesti dimasukkan.

Trading plan untuk diri aku, keutamaan aku berikan kepada  trading sistem yang aku pakai. Satu sistem yang sudah diuji kalau  boleh dapat memberi jangkaan sekurang-kurangnya 75% kemenagan dalam banyak-banyak trade.

Dengan adanya trading sistem, barulah aku dapat membuat projection sebanyak mana yang aku inginkan keuntungan berdasarkan kebolehan membuat trade. Kemudian baru aku setkan keuntungan yang realistik.

Dan akhir sekali, aku mestilah setkan satu aturcara untuk membuat trade berdasarkan kepada trading plan dan trading sistem yang aku sediakan. Untuk membuatnya hanya Displin sahaja  yang aku perlu ikut.

Secara psikologinya, aku mestilah setkan diri aku seperti mana robot yang mengikut arahan. Sampai masanya, masuk trade dan buat dtop loss. Bila sampainya untuk keluar, maka aku keluarlah.

Aku yang buat plan, aku juga kena tahu trader yang jenis mana aku ini. Ada banyak jenis trader di pasaran forex sebenarnya. Ada scalper, day trader, swing trader dan ada yang lain lagi.

Sebagaimana aku seorang yang lebih cenderong kapada scalping  dan  day trading, aku perlu buat trade beberapa kali untuk aku mancapai target aku yang realistic seperti apa yang aku katakan. Aku hanya target berapa pips yang boleh dapat untuk sehari.

Seperti ramai trader yang lain, aku bermain dengan leverage 100% hingga 200% dan margin aku gunakan hanyalah 2% dan kadangkala hingga 5%.  Stop loss aku juga yang termampu aku sebanyak 10pips hingga 15 pips.

Kerana target aku sekurang-kurangnya mendapat 5 pips dan lebih, aku lebih suka menggunakan cara masuk ‘ hit and run’. Aku lebih gemar bermain untuk Time Frame 15 minit dan kadangkala lari ke time 5 minit.

Dalam hal ini, aku tidak perlu mengikut sangat cara Risk Raio seperti yang selalu diwar-warkan. Aku juga gemar bermain cara ‘hit and run’ seperti mana yang telah terangkan.

Cara trade aku kadangakala hanya beberapa minit sahaja, juga kadangkala ia boleh sampai 2 ke 3 jam. Aku memang jenis trader yang tak suka tunggu lama semasa dalam trade. Tetapi aku boleh tunggu lama semata-mata nak tunggu signal yang baik untuk masuk trade.

Perkara yang aku takut dalam trading…

Seorang trader adalah seorang manusia biasa yang kadangkala tidak terlepas dari mempunyai perasaan dan emosi. Aku boleh cakaplah pasal buat trading macam robot sekalipun, tetapi ada masanya datang juga perasaan yang menganggu-gugat disiplin aku semasa buat trade. Aku selalu berdoa agar emosi aku dapat dikawal.

Petunjuk Halatuju Pergerakan Harga Yang Selalu Berlaku

 Jika kita dapat mengetahui halatuju pergerakan harga forex yang menuju ketepatan, tidak susah sangatlah untuk kita menyusun strategy  untuk kita buat trade.

Saya ingin sampaikan cara mudah dengan menggunakan indicator untuk memasuki pasaran. Saya menggunakan 3 indicator yang boleh dipercayai iaitu 3 Z Level Semafor, Support & Resistance ( Barry ) dan EMA 3 ( Close ) & EMA 5 ( Open ).

Digunakan juga bersama Candlesticks sebagai pergerakan harga dan Bollinger Bands sebagai kawasan pergerakan harga.

Intepretasi Halatuju – Reversal atau Retrace  

-    Harga tidak akan melepasi jika indicator 3 Z Level Semafor berhenti dan munculnya Support atau Resistance. Ini menunjukkan harga sudah sampai tahap terendah atau tertinggi pada masa itu.  
-    Selalunya terjadi di kawasan Bollinger Upper atau Lower bands kerana harga akan bermain di sekitaran itu.
Intepretasi Halatuju – Reversal atau Retrace atau Continuation
-    Keadaan yang selalunya terjadi di kawasan dalaman ataupun Middle bands dan sekitarannya.

Peringatan 

Tunggu sampai munculnya 3 Z Level Semafor berhenti, juga menculnya Support & Resistance. Candlesticke bertukar warna dan EMA 3 dan EMA 5 buat crossing lagi menunjukkan pengesahan halatuju.

Amaran 

Gambaran yang diberikan hanya untuk pengesahan halatuju pasaran yang sering berlaku apabila menggunakan indicator ini. Ini hanyalah interpretasi aku sahaja, tidak ada kena mengena dengan teknik atau strategy mamasuki pasaran.

Apa Pentingnya Membuat Latih-tubi Menggunakan Akaun Demo

 Akaun Demo Forex adalah satu akaun yang dibenarkan buka oleh broker forex bertujuan untuk memberi peluang kepada pelanggan baru mempraktikkan urusniaga forex dengan menggunakan wang maya.

Forex trading secara talian adalah satu instrumen pelaburan mata wang asing yang dijalankan dengan menggunakan teknologi canggih. Sistem urusniaga ini memberi peluang kepada pelanggan berdagang forex secara runcit melalui platform seperti Mt 4 dan lain.

Forex online menggunakan mekanisma sistem dagangan yang boleh dikatakan baharu dan memerlukan pengetahuan dan kemahiran tinggi untuk membuat dagangan. Maka perlulah bagi pelanggan baharu membuat latihan sebelum membuka akaun sebenar.

Akaun forex demo adalah akaun forex yang sebiji serupa dengan akaun sebenar, cuma yang bezanya akaun demo ini menggunakan wang maya yang disediakan oleh pihak broker untuk membuat dagangan.

Oleh itu, amat penting sekali bagi mereka yang menggunakan akaun demo membuat latih-tubi bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran berdagang forex apabila menggunakan akaun sebenar.

Apakah Penting Menggunakan Akaun Demo ?

Penggunaan akaun demo amat penting sekali bukan sahaja bagi mereka yang baru dalam dagangan forex, malah bagi mereka yang sudah biasa dengan urusniaga forex sangat berguna untuk berlatih bagi mempertajamkan lagi cara trading mereka.

Jika seorang trader baru menggunakannya untuk belajar tentang urusniaga forex dan membuat latih-tubi, trader lama ada yang menggunakan untuk memperbaiki serta memahirkan sistem yang mereka gunakan.

Setiap broker mempunyai akaun demo  masing-masing untuk pelanggan dan kebanyakannya menggunakan platform dagangan Metatrder 4 atau Mt 4. Kesemua platform mt4 seakan-akan sama cuma broker yang mengendalikan sahaja berlainan.

Trader baru perlu membuat latihan dan latih-tubi dengan bersungguh-sungguh, dengan latih-tubilah dapat memberi kemahiran yang mantap dan memberi kemanfaatan lagi kepada trader baik dalam membuat trading mahupun membuat keuntungan.
 

 Manfaat dari penggunaan akaun demo :

1.    Belajar dan mahirkan diri dari segi penggunaan platform akaun demo contohnya mt4.
2.    Belajar dan mahirkan diri membuat order, jual beli dan sebagainya.
3.    Tempat paling sesuai untuk membuat latih-tubi untuk mendapat kemahiran.
4.    Tempat percubaan dan uji kaji penggunaan sesuatu sistem atau strategy.
5.    Tempat mempraktik indicator baharu.

Kekurangan

Walaupun kebaikan penggunaan akaun demo amat menyerlah, namun kekurangannya tetap ada.

-    Tidak menyediakan akaun margin mengikut kehendak kita
-    Kurangnya rasa sebenar sebagai trader sebenar bermain forex dengan margin sebenar dan mengalami perasaan atau feel seorang trader.
 
Akhir kata, sesungguhnya akaun demo amat penting sekali bagi mereka untuk mengasah kebolehan membuat dagangan forex, baik bagi peserta baru dalm forex mahupun yang sudah lama berkecimpug dalam bidang ini.




Guna Indicator Forex Yang Meyakinkan

Dalam trading forex jikalau kita tidak menggunakan indicator terasanya amat janggal. Tetapi trader buat trade tidak menggunakan juga, mereka adalah expert.

Aku memang gunakan indicator untuk buat trade walaupun sekali-sekali, kerana aku adalah seorang santai trader. Setakat ini trade dalam forex bukanlah sumber pencarian ku. Tapi aku seorang penggemar forex.

Balik ke cerita indicator, aku terjumpa satu indicator yang aku kira hebat ( hebat bagi aku ). Selalunya aku membuat garisan trend secara manual, kali ini aku menggunakan indicator yang dipanggil Multi Time Frame Breakout Indicator.

Kemampuan indicator ini boleh membuat garisan secara automatik sampai ke kawasan penghujung pergerakan harga. Satu perkara yang susah jika dilakukan secara manual.

Indicator Multi Time Frame Breakout Indicator ini lebih cantik dan mantap lagi apabila digunakan sekali dengan indicator lain seperti Support & Resistance, EMA ( Exponential Moving Average ) dan lain.

Cara Bacaan Indicator Ini cara aku :  

1.    Jika harga melepasi garisan Upper Line, harga terus naik jika tidak ada Resistance. Jika ada Resistance, jika harga menembusinya akan terus menaik. Harga berpatah balik jika tidak melepasi Resistance.
2.    Jika harga melepasi garisan Lower Line, harga terus turun jika tidak ada Support. Jika ada Support, jika harga menembusinya akan terus menurun. Harga akan berpatah balik jika tidak melepasi Support.

Kebaikan Tambahan:

-    Boleh dikombinasikan dengan indicator lain untuk membuat Confluence



Ada Banyak Cabang Buat Duit Dengan Forex


Sesungguhnya memang forex mampu memberi jalan atau banyak peluang untuk kita buat duit asalkan kita ada pengetahuan yang mendalam tentang forex dan kita mampu berfikiran di luar kotak sedikit.
 

Tidak ada yang mustahil dalam dunia ini jika kita benar-benar pulun membuat sesuatu benda, begitu juga dengan forex walaupun ramai yang mengatakan forex itu dengan bermacam-macam. Biarkanlah mereka nak kata apa sekalipun.

Aku senaraikan di sini beberapa banyak cara untuk menghasilkan wang dari forex seperti di bawah :
 

1.    Membuat trading sendiri – Adakala untung dan ada kalanya rugi. Kita perlu membuat urusniaga forex mestilah secara profesional.
2.    Mengajar Forex – Mengajar sesiapa saja secara kelas  cara urusniaga forex dengan kenakan bayaran. Memang ramai sudah buat dan pasaran terlau luas jika kita ingin membuatnya. Memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menunjukan cara-cara buat duit melalui urusniaga forex.
3.    Membuat trade untuk kawan-kawan atau pelanggan dengan mengenakan sedikit komisyen. Memerlukan kepercayaan dari untuk mereka sebagai pelanggan.
4.    Membekal fakta dan nasihat tentang forex kepada pelanggan dan juga membekal petunjuk atau signals kepada pelanggan.
5.    Menjadi trader untuk sesuatu portfolio urusniaga forex untuk sesuatu kumpulan atau organisasi.
6.    Memberi tuition kepada mereka yang baru dalam forex dengan mengenakn sedikit yuran.
7.    Mereka cipta dan menjual indicator atau EA kepada pelanggan bagi mereka yang ada kemahiran membuatnya dan ada pengetahuan dalam programming.
8.    Banyak lagi cara sebenarnya jika kita ingin berfikir di luar kotak dan membuatnya dengan ikhlas ingin menjadikan forex sebagai sumber pendapatan asalkan jangan buat yang bukan-bukan yang membolehkan kita penipu atau scammer.

Walaubagaimanapun untuk mencapai tahap seperti yang aku katakan seperti di atas juga memerlukan kebolehan dan kemahiran berurusniaga forex yang tinggi. Untuk mendapatkan kemahiran yang tinggi kita mestilah belajar bersungguh dan hendaklah tanam sikap seperti mana yang ada kepada trader-trader forex yang telah berjaya.

Jangan Lupa Waktu Rollover Semasa Buat Forex Trading


Selalunya waktu Rollover ialah pada pukul 5:00 PM EST atau kita tambah 8 jam jadi 5:00 AM di Malaysia. Jadi, kalau kita nak buat trade hendaklah selepas jam 5:00 pagi hari ini sampailah 4:59 pagi esok harinya.

Kalau kita trade sampai melebihi pukul 5:00 pagi esok, jika kita sudah melangkau rollover bermakna bunga akan dikenakan terhadap trader. Apabila bunga dikenakan terhadap trader maka hukumnya adalah  haram mengikut hukum syarak.

Aku bukan nak cerita pasal haram halal, aku sendiri pun memang banyak tak tau tentang hukum syariah. Apa yang aku nak bagi tau ialah selalulah ingat tentang rollover apabila kita buat trade. Kalau broker tak kenakan caj bunga rollover itu lain ceritalah.

Bukan apa, dulu-dulu masa aku buat trade mana ada ingat tentang benda ni semua, janji trade. Tetapi la ni bila dah tau kena ingatlah jangan buat lagi. Nak trade forex tak banyak mana pun tapi dosa yang dapat. Kalau untung nak pakai duit itu dah rasa tak best.

Sejak dah tau pasal haram halal bunga rollover ni, aku lebih gemar nak trade pakai time frame 30 minit MT4. Dengan menggunakan time frame 30 minit sekurang-kurang aku dapat sesuaikan masa aku dengan trend yang akan keluar.
Sebelah petang pukul 4.00 lebih dah boleh jengok-jengok market tengok pair mana yang boleh try. Kalau nak nampak peluang time macam ni pun dah boleh, kalau tak ada tunggu sampai time 8:00 PM keatas, market akan lebih aktif lagi time macam ni.

Aku suka main trend, tak kiralah samada trend panjang ataupun  pendek. Aku masuk dan keluar market secara harian atau daily, trend yang panjang akan ada dua ke tiga reversal. Time reversal bagi aku peluang untuk cabut lari dan keluar dari pasaran. Aku main secara ‘ Hit and Run ‘.
Cara aku main memang tak banyak dapat pips tetapi senang dan aku rasa sesuai bagi aku. Kalau kena gaya masuk trend walaupun pendek dapat juga aku, jangan tak dapat price sudah. Kadangkala analisis kita menjadi tetapi broker buat bagi tak jadi.
Bukan semua forex brokers boleh pakai. Kita kena betul-betul cari broker yang reliable. Aku sampai sekarang pun tak pandai nak pilih broker yang mana satu baik. Dah nak jadi trader aku kenalah hadapi itu semua. 

Bila kita dah involve dalam trading forex, kita akan pandai adjust diri kita dengan suasana urusniaga forex dan ia akan makan masa untuk kita nak sesuai dengan keadaan. Jangan main forex pakai banyak duit untuk permulaan, itu pesanan aku kepada pada diri aku.

Popular Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

About Me

Followers